Monday, December 14, 2015

HakMilik Stratum, Tanah Bawah Tanah

Hai semua..pe kabaq??harap semua sihat belaka lar noh..Sejak kebelakangan nie mesti ramai dalam kalangan mahasiswa mahasiswi yang dah start study kan?mana tak nya final exam dah dekat kowt..harap-harap kita sama2 boleh menghadapi exam kali nie dengan tenang..Oke semua back to the topic, apa yang saya ingin kongsikan pada entry kali nie adalah tentang Stratum hak milik tanah bawah tanah. Stratum merupakan  suatu lapisan segipadu tanah bawah tanah manakala Tanah bawah tanah pula adalah tanah yang terletak di bawah permukaan bumi. Untuk pengetahuan semua, terdapat tanah bawah tanah yang dimiliki oleh pemilik.Tetapi jangan lupa tanah di bawah tanah dan bawah tanah pula adalah milik Pihak Berkuasa Tempatan.


Di bawah Seksyen 92(1)(a), terdapat peruntukan bahawa kedalaman sesuatu tanah bawah tanah ditentukan secara bahagian-bahagian yang mempunyai  tidak kurang daripada  kedalaman minimum bagi kelas, perihal atau lokasi tanah untuk mana-mana tanah yang sudah dirizabkan.Haa sebelum saya lupa tanah bawah tanah diukur dengan menggunakan isipadu blok-blok bukannya seperti tanah yang lain yang menggunakan istilah ekar. Kalau semua nak tahu jugak, setiap orang boleh untuk memohon tanah stratum kerana kedalamannya tiada hak tetapi untuk sesiapa yang ingin memilikinya korang perlulah membayar dua cukai iaitu cukai atas dan juga cukai bawah.


PERUNTUKAN DALAM SEKSYEN 92
Seksyen 92(A)- Menyentuh mengenai tafsiran
                92(B)- Hak-hak spesifik berkenaan dengan tanah bawah tanah setelah pemberimilikan
                92(C) – Pemberimilikan Tanah Bawah Tanah untuk Tanah kerajaan
                92 (D)- Permohonan untuk kegunaan bebas atau pemberimilikan tanah bawah tanah yang adalah bawah tanah bermilik.
                92(E)- Spesifik hak-hak berkenaan dengan tanah bawah tanah setelah pemberian suatu pajakan tanah rizab
               92(F) – Pajakan bawah tanah yang adalah bawah tanah rizab
               92(G) – Permohonan bagi kegunaan bebas bawah tanah yang adalah bawah tanah rizab pajakan
              92(H)- Pertalian Bahagian ini dengan peruntukan-peruntukan lain akta ini
              92 (I) – Peraturan-peraturan oleh Menteri
                                                                                                        Ditaip oleh  NurinaBusyra

No comments :

Post a Comment