Wednesday, December 23, 2015

PERMOHONAN STRATUM

Permohonan Stratum di bawah Seksyen 72A Kanun Tanah Negara 

Permohonan bagi membenarkan penggunaan bawah tanah bagi mendirikan, menyenggara dan menduduki suatu struktur di tanah kerajaan atau tanah rizab.

Bagaimana Memohon
  1. Dibuat melalui Pentadbir Tanah 
  2. Dibuat oleh Pemilik Tanah sendiri
  3. Permohonan hendaklah disertakan dengan segala dokumen yang berkaitan

Cara untuk Memohon

Permohonan dibuat oleh pemohon melalui Pejabat Tanah Daerah

  1. 2 Salinan Borang Permohonan. 
    • Borang Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (jika berkaitan)
    • Borang, Kanun Tanah Negara

     2.  1 Salinan kad pengenalan pemohon / sijil pendaftaran syarikat. 

    3.  1 Salinan ' Memorandum And Article Of Association' berserta Borang 24 dan 49 yang lengkap dan terkini atau Annual Return Of Company Having A Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha syarikat berlesen ( permohonan oleh syarikat ).

     4.  Pelan dimensi ruang yang diperlukan.

     5.  Butiran binaan yang menggunakan ruang udara.

    6.  Pelan pra-hitungan / susunatur dan pelan struktur yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

   7.  Surat persetujuan daripada Pegawai Pengawal tanah rizab ( jika ruang udara yang dipohon berada di atas tanah rizab ).

FI Permohonan
  • Kadar bayaran permohonan akan dikenakan di Pejabat Tanah Daerah.

Premium
  • Mengikut Kaedah Tanah Selangor.

Kuasa Meluluskan
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ditaip by Ameza

No comments :

Post a Comment