Assalamualaikum n hai uolls.....
bersama dgn saya iaitu sis zahidah.....
sis dah sedia maklum, mesti anda semua sudah tahu serba sedikit tentang strata ni kan...
ok malam ni sis ida nak ceritakan jenis-jenis rumah yang ada di Malaysia...
and rumah manakah yang dikategorikan sebagai strata????
7 jenis rumah yang kita biasa dengar tapi........ tahu tak???
dari sis kecil hingga besar, sis suka menelinga apa yang dibualkan oleh mak, abah, aunties uncle, saudara mara yang dah bekerja dan bekeluarga dan kini kawan-kawan yang satu kos dengan sis.
Topik hangat yang sering mereka bualkan adalah RUMAH.
cerita sis pada malam ini adalah ingin membongkar dan meleraikan curiuosity sis sendiri tentang jenis-jenis rumah yang ada di Malaysia. Sebelumanda mendabikkan dada, memekakkan telinga, dan membutakan mata, anda pasti ke anda tahu setiapa rumah dan ciri-cirinya??????? kihkih.
Setiap negara mungkin mempunyai terma yang sama, tapi ciri-cirinya mungkin berbeza. Ciri-ciri sesebuah rumah itu akan dibezakan dari segi jenis rumah, fasiliti, sudut legal, pemilikan tanah, harga dan lain-lain.
ok ke semua???????? hehehhe. ok sis sambung lagi ok.. :)
LANDED
Dalam kategori atas tanah (landed), rumah akan dibina dengan satu tingkat, dua tingkat dan tiga tingkat. Tiga tingkat plaing maksimum yang sis pernah dengar la. Namun tak mustahil ada rumah yang sampai 4 tingkat. Tanah bagi rumah jenis ini dimilik secara persendirian oleh pemilik tersebut. (geran individu)
STRATA
Dalam kategori stara, rumah dibina bertingkat-tingkat di sebuah kawasan tanah. dan setiap tingkat akan ada beberapa unit rumah. Tanah bagi rumah jenis ini dimilik secara kongsian dengan semua pemilik unit rumah tersebut(geran strata). Strata adalah kata nama plural untuk stratum dan bermaksud layer atau level dari sudut bahasa. Di Malaysia, agak sukar untuk membezakan rumah jenis strata kerana kebanyakannya meminjam ciri-ciri satu sama lain.
OK nak tahu tak jenis-jenis rumah di bawah kategori landed dan strata ini?????? ok jom ikuti sis di post yang seterusnya....
diceritakan oleh sis zahidah
No comments :
Post a Comment