Wednesday, December 16, 2015
Akta Hakmilik Strata Pindaan 2013
Hai gaiss..first sekali thank u sebab sudi jadi pengunjung kami. Tak kisah lar korang first time or second time or bpa kali time.. Tapi yang pasti korang tak kan menyesal kalau baca entry kami kali nie..Kali nie saya ingin kongsikan serba sedikit tentang AKTA hakmilik strata Pindaan 2013..Kalau korang nak tahu sebelum dipinda akta ini pelbagai masalah telah dikenalpasti oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian bersama-sama agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pertubuhan bukan kerajaan(NGO). Antaranya adalah
* Masalah tanah
Contoh: Hakmilik tanah berstatus sementara, pembangunan bercanggah dengan syarat nyata tanah dan lain-lain
* Masalah bangunan
Contoh: Bangunan terkeluar dari sempadan lot, binaan bangunan tidak mengikut pelan bangunan yang diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain
* Masalah tuan tanah atau pemaju
Contoh: Syarikat telah digulung, masalah kewangan dan pengurusan dan lain-lain.
Bagi bandar besar seperti Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan kadar penggunaan tanah yang telah mencapai tahap optimum, pembangunan hartanah bertingkat atau berstrata merupakan satu trend pembangunan yang diterima umum sebagai cara kehidupan di bandar.
Dalam hal ini, Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS) merupakan undang-undang utama yang menetapkan praktis dan prosedur bagi membolehkan bangunan berbilang tingkat dipecah bahagi untuk dikeluarkan hakmilik strata ke atas petak-petak bangunan dan petak-petak tanah melalui proses permohonan dan pengeluaran hakmilik strata di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri. Sehingga 15 Ogos 2013, jumlah hakmilik strata yang didaftarkan di seluruh Semenanjung ialah 1,059,385. Perincian pendaftaran hakmilik strata mengikut negeri adalah seperti dalam Rajah 1.
Tiga objektif Pindaaan :
Rentetan daripada itu, pada 28 Januari lalu, Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 telah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong dan seterusnya diwartakan sebagai Akta A1450 pada 7 Februari 2013. Namun, akta ini hanya akan dikuatkuasa setelah mendapat kelulusan daripada Majlis Tanah Negara (MTN) yang akan bersidang tidak lama lagi.
Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 atau Akta A1450 diperkenalkan dengan tiga objektif utama iaitu:
i. Memperkenalkan konsep baru pengeluaran hakmilik strata dan pemilikan kosong secara serentak;
ii. Memperkemaskan Akta Hakmilik Strata 1985 sedia ada; dan
iii. Memperkenalkan peruntukan baru selari dengan keperluan dan perkembangan semasa.
Langkah proaktif
Cadangan ini adalah satu langkah proaktif yang dijangka dapat memendekkan masa pemprosesan daripada 170 hari bekerja kepada kurang daripada 100 hari bekerja seterusnya mempercepatkan proses pengeluaran hakmilik strata. Selain itu, ia dapat memastikan tuan tanah atau pemaju tidak sengaja melengahkan masa di dalam membuat permohonan hakmilik strata.
Dalam menyokong pelaksanaan konsep baru pengeluaran hakmilik strata secara serentak dengan pemilikan kosong, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) turut dipinda manakala Akta Bangunan dan Harta Bersama (Pengurusan dan Penyenggaraan) 2007 (Akta 663) telah dimansuhkan dan diganti dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Kedua-dua akta itu akan dikuat kuasa bersekali dengan Akta Hakmilik Strata 1985.
Setelah dikuatkuasakan kelak, Akta Hakmilik Strata 1985 akan memberi fokus hanya kepada aspek pendaftaran dan pengeluaran hakmilik strata manakala Akta Pengurusan Strata 2013 akan memberi tumpuan kepada pengurusan dan pentadbiran bangunan berstrata.Di sini saya kongsikan video tentang Akta Hakmilik Strata Pindaan 2013 dan pengeluaran hakmilik strata serentak dengan vacant possession untuk korang lebih faham.
Ditaip oleh Nurina Busyra
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment