Apa itu
Hakmilik Strata?
Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak)
bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat atau petak tanah yang unit-unitnya
telah dijual. Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak.
Contohnya, Rumah Pangsa, Pangsapuri, Kondominium, Penthouse, Townhouse,
Kompleks Komersial dan Rumah Kedai.
Mengapa Perlu
Hakmilik Strata?
Hakmilik Strata perlu ada –
- Untuk menjaga kepentingan kuasa pemilik petak (pembeli) untuk urusan urusniaga (pindahmilik, gadaian, pajakan dll),
- Menjadi
rekod /bukti yang sah bagi menunjukkan petak tersebut adalah kepunyaan
pemilik petak (pembeli);
- Memudahkan urusan jual-beli, pinjaman bank, urusan kematian/pembahagian pesaka.
Apakah itu
Harta Bersama?
Harta Bersama adalah merujuk kepada mana-mana
bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak/petak
tanah. Contohnya, tempat letak kereta pelawat, lif, tangga, tangki paip utama, pondok
pengawal keselamatan.
Apa Hak
Pemilik Sebagai Pemilik Petak?
Hak-hak pemilik petak termasuk:-
- Mempunyai
kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik membuat urusniaga seperti pindahmilik,
memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimilikinya.
- Hak
mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar
biasa, dengan syarat semua caruman kepada kumpulan wang pengurusan
perbadanan telah dibayar.
- Hak
ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan.
- Hak
kepada sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, system
perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain.
- Hak
untuk meneliti rekod dan akaun perbadanan pengurusan.
Apakah
Tanggungjawab Utama Pemilik Petak?
Tanggungjawab utama pemilik petak termasuk:-
- Membayar
amaun caruman Kumpulan Wang Pengurusan.
- Mematuhi
undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa.
- Menghadiri
Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat agung luar biasa.
- Mematuhi
apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam/tempatan
berhubung dengan petak yang dimilikinya.
Siapakah Yang
Perlu Memohon?
Pemilik mana-mana tanah berimilik di mana di atas
tanahnya terdapat apa-apa bangunan yang telah siap dibina yang boleh dipecah
bahagi.
Bilakah
Pemilik Asal wajib mengemukakan permohonan pecah bahagi bangunan?
Pemilik Asal wajib mengemukakan permohonan pecah bahagi bangunan dalam tempoh
enam (6) bulan dari tarikh perjanjian jual-beli atau tarikh pengeluaran
perakuan siap dan pematuhan (CCC), mana yang terkemudian.
Bilakah
Tempoh Masa Pemilik Asal Menyempurnakan Pindahmilik Hakmilik Strata?
Pemilik Asal hendaklah menyempurnakan pemindahan
hakmilik strata dalam tempoh masa dua belas (12) bulan dari tarikh pengeluaran
hakmilik strata oleh Pentadbir Tanah Sekiranya pembeli gagal mematuhinya, boleh
disabitkan kesalahan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit (RM1,000)
dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit (RM10,000) bagi setiap petak.
Bilakah Tempoh Masa Pemilik Petak (Pembeli) Menyempurnakan Pindahmilik Hakmilik
Strata?
Pemilik Petak (Pembeli) hendaklah menyempurnakan
pemindahan hakmilik stara dalam tempoh masa dua belas (12) bulan dari tarikh
notis pemindahan hakmilik strata yang dikeluarkan oleh pemilik asal atau dari
tarikh pembelian petak, mengikut mana-mana yang berkenaan. Sekiranya pemilik
asal gagal mematuhinya, boleh disabitkan kesalahan, didenda tidak kurang
daripada satu ribu ringgit (RM1,000) dan tidak lebih daripada sepuluh ribu
ringgit (RM10,000) bagi setiap petak.
Apakah itu
Perbadanan Pengurusan?
Perbadanan Pengurusan bertaraf sebagai sebuah
perbadanan atau “body corporate” iaitu ianya boleh mendakwa dan juga boleh
didakwa. Perbadanan Pengurusan wujud di bawah Akta Hakmilik Strata dan
tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan.
Perbadanan Pengurusan mempunyai meterai atau
“common seal” dan juga mempunyai hak turun temurun.
Apakah
hak-hak Unit Syer?
Unit syer bagi sesuatu petak akan menentukan:-
- Hak
mengundi bagi pemilik-pemilik;
- Kuantumnya
syer yang belum dipecah bahagi bagi setiap pemilik dalam harta bersama;
dan
- Kadarnya yang kena dibayar oleh setiap pemilik akan sumbangan yang dilevikan oleh perbadanan pengurusan.
Jika pemilik petak (pembeli)
tidak berjaya memiliki hakmilik strata disebabkan pemilik Tanah asal/pemaju
tidak berusaha untuk mendapatkannya atau pemilik Tanah asal/pemaju tersebut
didapati telah digulungkan (winding up). Kepada siapakah pihak pemilik
(pembeli) boleh mengemukakan aduan tersebut bagi menyelesaikan masalah
tersebut.
Pihak pemilik (pembeli) boleh mengemukakan aduan kepada Unit
Penguatkuasaan Strata, PTG Selangor bagi pemilik Tanah asal/pemaju yang enggan
mengemukakan permohonan pecah bahagi bangunan.
Apakah tindakan yang boleh
diambil terhadap pemilik Tanah asal/pemaju yang gagal mendapatkan
hakmilik strata untuk pemilik (pembeli)?
Pemilik Tanah asal/pemaju boleh disabitkan kesalahan didenda tidak
kurang daripada sepuluh ribu ringgit (RM10,000) tetapi tidak lebih daripada
satu ratus ribu ringgit (RM100,000) dan didenda selanjutnya tidak kurang
daripada satu ratus ringgit (RM100) tetapi tidak lebih daripada satu ribu
ringgit (RM1,000) bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
Ditaip oleh SITI AMINAH OTHMAN
No comments :
Post a Comment