ok sis ida nak sambung cerita tentang jenis-jenis rumah under kategori landed dan strata..
LANDED.
1. Rumah Teres

Anggap saja rumah teres macam sandwich disebabkan tiada ruang kosong antara rumah jenis ini. Di kiri atau kanan rumah pasti ada sebuah rumah lain. Rumah teres kadang-kadang dibina dua-dua, tiga-tiga atau lebih. Sedikit tanah kosong akan didapati di belakang atau di depan rumah teres yang biasanya akan digunakan untuk bercuuck tanam dan sidai baju. kalau nak untung dapatkan corner lot iaitu rumah paling hujung dalam barisan rumah teres. Haaaa barulah dapat ruang tanah yang lebih besar di tepi rumah dan boleh la BBQ serta mini swimming pool.Nama lain untuk rumah teres ini ialah linked house.
2. Rumah Berkembar

haaaaa kalau rumah teres macam sandwich, so rumah semi-detached (semi-d, rumah berkembar, secara terpisah) kita anggap kembar siam sebab rumah jenis ini duduk bersebelahan, tertampal di tengah dan di tepi yang bertentangan akan ada ruang kosong. Di ruang kosong ini biasanya pemilik rumah akan tambahkan ruang untuk sidai baju, tempat letak kereta, bercucuk-tanam, buat landscaping dan sebagainya. Ada pemilik rumah juga biasanya akan membuat renovasi dan tambah bilik atau besarkan ruang.Sis juga pernah lihat pemilik rumah membeli semi-d secara berpasangan dan menjadikannya satu rumah yakni banglo!!
3. Bungalow

Lonely soldier boy ialah frasa yang boleh kita fikirkan bile bercerita tentang rumah banglo.Rumah banglo akan mempunyai kawasan yang akan luas untuk dirinya sendiri dan jarak antara satu rumah banglo dengan rumah banglo yang lain pun agak jauh. Rumah banglo juga dikenali sebagai detached house (rumah terpisah). Pemilik rumah banglo harus dan semestinya bercucuk-tanam di sekeliling rumah!!!!
ok guys itu adalah rumah-rumah jenis landed. rumah strata sis akan ceritakan kemudian. sis ada hal sekejap. ok guys???? stay tune
write by miss zahidah :)
No comments :
Post a Comment