Assalamualaikum... Haiii semua... :)
Korang tengah buat apa? Bosan tak? Nak cerita nih. Pasal isu strata. korang mesti tertanya jugak kan? hehehe
Isu ni jadi dekat KL. ala, korang semua mesti dapat imagine macam mana keadaan KL tu kan? Okay macam meleret sangat kan. okay go! Nak mula cerita nih. baca tau.....
Isu ni keluar masa 18/8/2015 di Seminar Komuniti Strata Wilayah Persekutuan 2015 bertema “Ke Arah Komuniti Strata Mampan”, Kuala Lumpur .. dah 4 bulan dah.
okay! Pihak pengurusan digesa untuk tingkatkan kemahiran tangani isu komuniti strata.
digesa? mesti ada sebab musabab dia.
"Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) komuniti strata (rumah bertingkat) perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi memastikan pengurusan operasi dan isu komuniti itu dapat ditangani dengan lebih berkesan" -Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata permasalahan dan isu berkaitan pembangunan komuniti strata kini semakin kompleks dan mempunyai skop yang luas, selaras dengan peningkatan jumlah kawasan pembangunan berstrata.
"Pihak JMB dan MC perlu lebih proaktif dan komited dalam mewujudkan persekitaran komuniti strata yang ceria dan harmoni memandangkan kehidupan di bangunan berstrata melibatkan perkongsian ramai penghuni yang berbeza profil dari segi agama, budaya, jantina, umur, bangsa dan pekerjaan," -kata beliau.
kalau korang perasan, KL kan padat and ramai sangat penduduk ke sana, so, pihak pemaju kenalah bina bangunan berstrata sebab nak tampung ramai kan. tapi setiap bangunan kena lah menepati syarat. mana boleh buat sesuka hati tau.
Menurut Tengku Adnan, pelaksanaan Akta Pengurusan Strata 2013 yang berkuat kuasa 1 Jun 2015 diyakini dapat melicinkan operasi JMB dan MC dalam mendepani masalah komuniti strata. Disamping it, Akta ini yang menggantikan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 antara lain bertujuan memperkasakan peranan Pesuruhjaya Bangunan dalam melaksana, memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan.
"Akta baharu ini juga mengenakan kadar penalti lebih sesuai dengan jenis kesalahan serta memperkenalkan mekanisma rayuan yang seragam dan mesra pengguna melalui Tribunal Penggunaan Strata," katanya.
Beliau berkata dalam melaksanakan akta baharu itu, Kementerian Wilayah Persekutuan memerlukan kerjasama padu daripada semua JMB dan MC kerana peranan mereka amat penting dalam memastikan pengurusan strata di wilayah ini lebih cekap dan efisien.
Tengku Adnan berkata dari Januari hingga Ogos tahun ini sahaja, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merekodkan hampir 2,000 aduan bertulis dan 400 aduan sebulan melalui aduan bersemuka.
Sehingga kini, sebanyak 759 JMB dan 2,821 MC ditubuhkan dan beroperasi dengan cemerlang dalam menangani permasalahan yang dihadapi berkaitan dengan pengurusan bangunan dan komuniti strata.
Sehingga Ogos tahun ini, seramai 1.2 juta orang atau 66% penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan komuniti strata.
ha, macam yang korang baca, majoriti menetap di bangunan yang berstrata. lagi-lagi dekat KL tu. tapi tak apa, glamor kot rumah tinggu ni. rasa macam dekat dengan langit. hahaha
okay! tu je mampu kongsi. see you next time. bubye :D
HANIESYA taip laju-laju guna desktop ;)
No comments :
Post a Comment