Assalamualaikum & salam sejahtera....salam 1 Malaysia
Bertemu semula kita pada post kali ini, saya akan membincangkan tentang Skim Strata di Negeri Johor.
Pada era kini, pembangunan skim strata semakin berkembang
mengikut peredaran masa. Ini seiring dengan pertambahan penduduk dan kurangnya
keluasan tanah untuk dibangunkan perumahan terutama di kawasan strategik
bandar. Bertolak pada faktor inilah, maka pembangunan di Negeri Johor kini
banyak menawarkan skim strata kepada pembeli-pembeli hartanah. Pelbagai
kemudahan yang lazimnya ditawarkan di dalam skim strata seperti kolam renang,
gimnasium, taman permainan kanak-kanak, kawalan keselamatan dan sebagainya menjadi
faktor penarik di samping imej dan bentuk rumah serta perniagaan yang moden.
Jelasnya, peranan Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM),
Pesuruhjaya Bangunan (COB), Pihak Pemaju dan Jurukur Tanah Berlesen memudahkan
lagi urusan Hakmilik Strata di Bahagian Hakmilik Strata. Di samping itu,
penambahbaikkan proses pendaftaran dari 268 hari kepada 170 hari sebagaimana
yang telah di tetapkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galain(JKPTG) dan
usaha penubuhan Jawatankuasa Khas Strata memantapkan lagi tahap prestasi
jabatan.
APA ITU SKIM DAN HAKMILIK STRATA??
Skim Strata merupakan pembangunan hartanah yang melibatkan
pecah bahagi bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta
bersama serta penetapan sistem pengurusan bagi skim tersebut.
Manakala, Hakmilik Strata boleh dikategorikan sebagai
Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit bagi sesebuah bangunan yang
mempunyai lebih daripada dua unit utama dimana kebenaran bagi memecah bahagi
bangunan atau tanah tersebut telah diluluskan . Ia juga merupakan peringkat
terakhir di dalam sesebuah pembangunan strata bahawa setiap pemilik petak akan
menerima hakmilik yang mengandungi maklumat berkenaan pembahagian unit syer dan
petak aksesori jika ada.
Terdapat 3 jenis skim skim strata.
- Skim Strata Kos Rendah
Skim Strata Kos Rendah adalah merujuk kepada bangunan yang
diklasikasikan oleh Pihak Berkuasa negeri sebagai bangunan kos rendah selaras
dengan Seksyen 10B Akta Hakmilik Strata 1985.’
2. Skim strata Bukan Kos Rendah
Skim Strata bukan kos rendah adalah bentuk asal bagi
skim-skim strata seperti juga skim banguanan kos rendah.Contoh skim-skim bukan
kos rendah adalah seperti kompleks membeli belah,kondominium , apartmen dan
rumah Bandar (town houses)
3. ‘Landed
Strata Scheme”
Pindaan Akta A1290 telah memperkenalkan bentuk skim strata
yang baru iaitu skim petak tanah atau lebih dikenali “Gated Community Scheme”.
Shared by Siti Aminah Binti Othman
No comments :
Post a Comment