Sunday, December 13, 2015

Konsep Pengeluaran Hak Milik Strata dan Pemilikan Kosong Secara Serentak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alright, bagi sesapa yang baru nak faham apa itu strata, mesti masih pening-pening lalat lagi kan ? Frankly speaking, saya pun still lagi pening. Masih lagi dalam proses nak belajar. Takpe-takpe. Kita belajar sama-sama. 

Kalau nak senang faham apa itu strata, jom kita sama-sama tengok video ni. Maybe it can helps us !



This video is actually about konsep pengeluaran hak milik strata dan pemilikan kosong (Vacant Posession) secara serentak berdasarkan Akta A1450. 

Okay, jom baca caption video ni pulak. Mungkin lagi dapat membantu kita tambah ilmu pengetahuan.


"Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS) telah mula berkuatkuasa melalui pada 1 Jun 1985 bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia. Objektif utama AHS adalah untuk membolehkan tanah beri hakmilik (alienated land) mempunyai hakmilik-hakmilik berasingan secara berlapis (multi-layer ownership) dengan cara:

1. pengeluaran hakmilik strata melalui proses pecah bahagi bangunan atau tanah (land parcel): dan 
2. pewujudan perbadanan pengurusan sebagai mekanisma pengurusan ‘self-governance’ bagi mengawal selia pentadbiran skim strata yang berkenaan setelah hakmilik-hakmilik strata didaftarkan.

Pindaan terkini kepada AHS iaitu melalui Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450] telah memperkenalkan konsep baru pengeluaran hakmilik strata dan pemilikan kosong atau vacant possession (VP) secara serentak. Melalui pengenalan konsep baru ini, masa proses kerja pengeluaran hakmilik strata akan dapat dipendekkan dan hakmilik strata dapat dikeluarkan dengan lebih cepat. Asas pindaan undang-undang hakmilik strata di bawah Akta A1450 ini pada umumnya adalah menekankan keperluan menjadikan pengurusan hakmilik strata yang setanding dengan kehendak dan kepentingan pelanggan (customer-focused services) serta bermatlamatkan penambahbaikan sistem penyampaian pentadbiran tanah dalam pengurusan dan pengeluaran hakmilik strata."



Okaylah semua. Untuk entry kalini, itu saja yang saya mampu nak share. Till we meet again !

Shared by NORFARIZAN MOHAMAD.

No comments :

Post a Comment