ok bersama sis ida kembali.
sis sambung topik rumah-rumah kategori strata ok.. :)
STRATA
1. Flat/ Pangsapuri

Flat biasanya dibina dalam satu kawasan dan mempunyai beberapa blok didalamnya. Setiap blok akan mempunyai 3 ke 14 tingkat atau lebih. Rumah jenis ini adalah rumah yang paling murah dan kebanyakan rumah jenis ini kosnya rendah atau sederhana rendah. Pada kebiasaannya, flat tidak dilengkapi dengan sebarang servis seperti pengawal keselamatan atau lif yang baik servisnya. Namun ada juga sis pernah tengok flat yang ada playground, kedai-kedai dan surau.Pemilik rumah flat hanya memiliki kawasan rumahnya sahaja dan koridor panjang di luar adalah milik bersama. Dari segi parking kereta, sapa cepat dia yang dapat dan tida parking berbumbung. Dua ciri lain tentang flat ialah tingkap rumah ini adalah jenis 'naco' dan berlantaikan simen. Pada pendapat sis, rumah flat adalah pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa pendek dan panjang. Jika anda hendak membuat pelaburan hartanah peertama, jangan sisihkan flat dari pilihan anda!!
2. Apartment

Dari segi saiz keluasan, apartment lebih besar dari flat tapi lebih kecil dari condominium. Dari segi harga, boleh dikatakan apartment dalam linkungan kos rendah ke sederhana, tapi tengok lokasi juga. Dari segi ketinggian, kita boleh lihat apartment yang jenis low-rise (rendah) dan kebanyakan high-rise(tinggi). Pemilik apartment akan memiliki keseluruhan unitnya, kawasan di depan unitnya dan selain dari itu dimiliki bersama. Antara kemudahan yang disediakan termasuk pengawal keselamatam, ruang letak kereta berdaftar (berbumbung dan tidak) swimming pool, clubhouse, dan kedai-kedai berdasarkan harga apartment tersebut.
Ada satu lagi pecahan di bawah apartment iaitu serviced apartment. Serviced apartment adalah commercial property dan dibina di atas tanah komersil bukan perumahan. Dari segi cukai, pemilikan, dan hal-hal legal, banyak bezanya.
3, Condominium

Condominium adalah yang paling mewah antara kesemua jenis rumah strata. Rekabentuknya moden, unitnya luas dan kemudahan-kemudahan yang disediakan lebih banyak dan hebat dari apartment. Namun begitu sis masih rasa berdasarkan lokasi, ciri-ciri ini tiada beza antara apartment dan condominium. Pengawal keselamatan condominium biasanya sangat tegas. Setiap pemilik atau penyewa akan mempunyai kad akses untuk memasuki kawasan condominium. Pelawat akan diminta untuk mendaftar diri waktu masuk dan keluar kawasan dan pemandu teksi juga tidak dikecualikan. Setiap unit akan diberikan ruang letak kereta berdaftar. Kebanyakan condominium mempunyai sebuah unit dinamakan clubhouse dan di sini terdapat swimming pool, gym, surau, kedai-kedai makan, pejabat management, laundry, dan pelbagai fasiliti lain yang tersedia untuk pemilik dan peyewa. Condominium juga boleh dipecahkan kepada beberapa sub-unit iaitu biasa, standard, penthouse dan duplex yang berbeza dari segi rekabentuk, keluasan dan harga.
4. Townhouse

Townhouse adalah satu jenis rumah yang agak menarik. Ia boleh dikatakan gabungan antara strata dan landed dari segi rupa bukan legal dan pemilikan tanah. Rumah townhouse biasanya 2 tingkat atau lebih. Di bandar sis pernah tgk, ada sebuah townhouse 4 tingkat. Uniknya townhouse ini kerana rupanya seolah-olah rumah teres tapi setiap tingkat ada unti yang tidak bersambung antara satu sama lain lain - maksudnya, setiap pemilik memiliki 1 unit untuk sesuatu tingkat di rumah townhouse itu. Pemilik rumah akan memiliki pintu rumah berbeza dan bahagian letak kereta sendiri. Untuk rumah townhouse 2 tingkat, kawasan sekitar rumah akan dibahagi dua namun untuk rumah townhouse lebih dari 3 tingkat, kemungkinan besar tidak akan banyak ruang untuk dikongsi sebab ia mirip rumah strata lain. Dari segi fasiliti, townhouse mungkin atau tidak mempunyai pengawal keselamatan dan lain-lain. Townhouse di bandar yang sis pernah lihat merupakan townhouse 4 tingkat, dan setiap unit ada 2 tingkat.
KESIMPULAN...........
Bagi sis semua jenis rumah ada baik-buruknya. Rumah landed best sebab ada kawasan untuk bercucuk-tanam, sidai baju dan nak buang sampah hanya di luar rumah sendiri. Dan rumah strata best sebab dapat hidup secara jemaah, kalau di kawasan yang dibenarkan akan ada nasi lemak dan goreng pisang sepanjang hari dan untuk rumah strata jenis kos sederhana ke atas, akan ada pengawal keselamatan danswimming pool. Yang penting, kita sentiasa kena bersyukur jika kita mempunyai rumah untuk berteduh sedangkan masih ramai yang tidak mampu menyewa, membeli mahupun mendiami tempat tinggal yang berbumbung.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk para pembaca yang mana tahu, sedang mencari rumah atau selalu mendengar jenis-jenis rumah tapi tak dapat bezakan dan bayangkan. Dan mungkin sis patut beri lebih perhatian kepada subjek Kajian Tempatan masa Darjah Empat dulu… kan?
diceritakan oleh sis zahidah :)